Tentang Kami

Misi Kami

Menjadi pusat latihan dan perkhemahan pilihan utama di Kuala Lumpur dan Gombak dengan menyediakan program berkualiti tinggi yang berinspirasikan keindahan alam semula jadi, serta komited untuk terus meningkatkan perkhidmatan demi pengalaman yang terbaik bagi setiap pengunjung.

shared8

Pengalaman Kami

Kami merupakan sekumpulan belia yang berpengalaman luas dalam menguruskan pelbagai organisasi rumah kebajikan , golongan gelandangan , pelajar-pelajar bermasalah , remaja yang terlanjur dengan aktiviti seks bebas, individu yang mengalami tekanan mental dan perasaan sejak tahun 2002. Berbekalkan pengalaman ini, kami terpanggil untuk berkongsi kepada semua masyarakat mengenai pengurusan diri melalui pelbagai modul yang disediakan . Di Darul Ilmi Campsite, kami menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan penuh pengisian di tengah-tengah keindahan alam semula jadi. Pelajar dapat menikmati pelbagai aktiviti seperti berkhemah, mendaki, dan pengembaraan hutan luar yang seronok sambil mempelajari pelajaran berharga dari sekolah alam. Setiap program direka untuk membantu pelajar membentuk sahsiah dan peribadi yang positif, sambil melatih kemahiran kerjasama dan keyakinan diri. Selain itu, pengalaman di sini juga memberi peluang kepada anak-anak untuk menjauhkan diri seketika daripada gajet, menghadapi cabaran kecanduan teknologi, dan menghidupkan semula minat terhadap dunia nyata dengan cara yang menyeronokkan dan bermakna. Kami percaya bahawa melalui pengalaman ini, pelajar bukan sahaja dapat mengenali dan menghargai alam, tetapi juga membina asas nilai dan kemahiran yang akan membantu mereka menjadi insan yang lebih baik.

Nilai Teras Kami

Kami berpegang teguh pada nilai-nilai berikut sebagai panduan dalam menyediakan pengalaman yang bermakna dan membina, demi melahirkan generasi yang bertanggungjawab, berdaya saing, dan mencintai alam sekitar.

Mengenali dan Mencintai Alam
Pembangunan Sahsiah
Kerjasama dan Hormat Menghormati